Wednesday, 7 November 2012
seni arca
paya Ara arch&craft juga mereka bentuk apa apa tempahan arca berasaskan kayu,Gambar diatas menunjukkan arca buah srawberi terbelah dua dan tergantung satu bahagian.
Thursday, 11 October 2012
Thursday, 17 May 2012
Rumah.. perkataan melayu tertua..dalam perkataan jawa yang bermaksud 'gunung'. Rumah juga ibarat syurga bagi masyarakat melayu.Seni pertukangan juga merupakan seni tertua di Malaysia yang asli tanpa pengaruh luar, seni ukiran pula datangnya dari pengaruh India purba,lama kelamaan seni ukiran diolah mengikut seni dan bunga melayu dan setelah kedatangan agama islam masyarakat melayu mula mengadaptasi seni geometri dan khat dalam ukiran untuk panel-panel rumah. Teknik pasak dan tanggam merupakan teknik tradisional yang sangat menarik untuk dibicarakan .Dalam membina struktur rumah,kesemua sambungan tidak menggunakan paku kerana masyarakat dahulu sudah mengerti erti "green house" .rumah yang berasal dari kayu lalu mereput dan hancur bersemadi bersama asal kejadianya ,tanah.Teknik pasak dan tanggam juga membolehkan struktur rumah lebih kuat dan lasak dengan fungsi keanjalanya,selain itu teknik ini memudahkan sekiranya rumah ingin dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.Keanggunan dah kehebatan rumah tradisional melayu sebenarnya terletak pada titik yang hampir sempurna,kesederhanaan rekabentuk,ukiran yang mempunyai pelbagai fungsi,kayu yang berkualiti tinggi,mudah dan praktikal,namun rahsianya utamanya terletak pada
jiwa rumah tersebut,rumah yang dibina tanpa sebarang pelan melainkan melalui kata hati dan jiwa menghasilkan rumah yang mempunyai semangat,sejuk mata dipandang sehingga melahirkan seperti satu seni lukisan. lembut dan bersederhana..itulah seni pertukangan melayu,
Tempayan Miniature
Tempayan Miniature is used for house decoration or personal gift for friends and family. It is made from clay and cengal wood.Unique and style of malays ethnic.
Subscribe to:
Posts (Atom)